Tuesday 15 May 2012

5 cara untuk memutuskan hubungan dengan cara baik



Berterus Terang Sahaja

Sungguhpun anda mahu memutuskan hubungan, tidak semestinya anda perlu hilang perasaan hormat pada si dia. Jadi jangan menjaja perasaan anda pada orang lain dengan sesuka hati. Bersabar dan tunggu masa yang sesuai untuk beritahu teman wanita yang anda dan dia tidak sehaluan lagi. Begitu pun anda masih memerlukan seorang rakan karib yang dapat memberi semangat untuk anda bangkit kembali. Lagipun, pandangan putus cinta ini bukannya boleh dibuat main-main. Jika tidak kuat iman, mahu yang ada tergadai maruah.

Cari Zon Selamat

Lokasi untuk memberitahu perpisahan anda berdua juga perlu sesuai dan bukannya dinyatakan di dalam rumah anda. Fikirkanlah suasana yang lebih semula jadi dan selesa untuk anda meluahkan perasaan tanpa sekatan, misalnya di taman. Di sana, anda bukan sahaja boleh berbincang sambil bersiar-siar atau mungkin dpat mencari punca sebenar keretakan. Berbicara di restoren juga kurang menyenangkan. Bimbang anda berdua terperangkap dalam situasi yang memalukan diri.

Jujur Pada Diri Sendiri

Jika anda sudah tidak mencintainya, maka berlakulah jujur dan beritahu kedudukan sebenar. Bicara di telefon mahupun emel boleh dipraktikkanuntuk membincangkan perkara-perkara remeh tetapi biarlah perasaan sebenar anda itu diluahkan secara berdepan.
Hakikat Sebenar
Anda tidak perlu mengenang kembali kisah percintaan dengannya. Sebaliknya terus kepada titik persoalan yang ingin disampaikan. Sebenarnya dia tidak perlukan penjelasan, terus kepada titik persoalan dapat menyelamatkan teman wanita anda daripada berfikiran lebih mendalam tentang kenapa dan bagaimana perhubungan boleh menjadi hambar. Sikap berterus terang anda boleh membuatkan teman wanita anda berpijak di bumi nyata bahawa perpisahantelah berlaku. Apabila anda dapat menjelaskan hakikat sebenarnya, siapa tahu anda boleh menjadi sabahat yang baik kepadanya.

Beri Penjelasan Dengan Baik

Tiada siapa yang dapat menidakkan kelogikan. Jadi beritahu penjelasan yang paling logik sesekali mengapa anda dan dirinya tidak boleh menjadi pasangan. Berikan contoh yang terbaik bukannya berdolak-dalik. Awalnya dia pasti tidak dapat menerima alasan kamu, namun anda harus bijak dan member i alasan yang tepat. Pasti dia mengerti.

Jangan Berubah Fikiran

Pastikan anda tetap dengan pendirian. Tidak mustahil semasa berbincang wanita akan menangis, memujuk rayu agar anda tidak meneruskan niat itu. Keputusan yang boleh ditarik balik menunjukkan anda tidak tetap pendirian dan diri anda akan dipandang remeh oleh teman wanita anda kelak.
Bersedia untuk menangis
Mengakhiri perpisahan memang memeritkan. Anda barangkali terperangkap dalam tangisan untuk beberapa lama. Namun, setiap kesedihan itu ada hikmah tersembunyi yang anda tidak dapat lihat dengan mata kasar. Jadi berbaliklah kepada Ilahi semoga diberi ketetapan hati dan dianugerahkan pasangan yang lebih baik dan sesuai untuk anda pada masa hadapan.
Putus hubungan cinta merupakan hal yang paling tidak diinginkan oleh setiap pasangan yang sedang bercinta namun kerana tiada keserasian dan banyak masalah hingga berlakunya pertengkaran. Jadi jalan yang terbaik adalah memutuskan hubungan cinta anda. Jika dia bukan milik kita pasrahlah dengan kehendak yang ditentukan. Allah lebih tahu apa yang sterbaik untuk kita.

No comments:

Post a Comment