Saturday 19 May 2012

3 Kebaikan dan Khasiat Susu Kambing




Berdasarkan kajian pakar kesihatan, susu kambing dikategorikan sebagai susu kedua terbaik, selepas susu ibu. Ini kerana terdapat pelbagai khasiat yang dapat diambil dari susu kambing. Antaranya adalah:
  • Meneutralkan kandungan asid dalam badan
  • Baik untuk masalah penghadaman.
  • Dapat merawat ulcer & gastric.
Bagaimana susu kambing dapat membantu menyelesaikan ketiga-tiga masalah kesihatan di atas?

Meneutralkan Kandungan Asid Dalam badan

Susu kambing tidak menghasilkan asid dalam darah. Ini kerana susu kambing mempunyai kandungan pH beralkali. Alkali ini akan membantu untuk meneutralkan kandungan asid dalam badan manusia.

Baik Untuk Masalah Penghadaman

Menurut kajian, susu kambing mempunyai protein & lemak yang sangat halus dan lembut. Ini dapat membantu proses penghadaman menjadi lebih mudah, dan lancar. Susu kambing juga turut diakui lebih mudah hadam, berbanding susu lembu.

Dapat Merawat Ulcer dan Gastrik

Selain daripada baik untuk masalah penghadaman, susu kambing juga turut diakui mampu merawat penyakit perut seperti ulcer dan gastric. Ini kerana sifat susu kambing yang beralkali dan nyah asid, serta zarahnya yang halus.

No comments:

Post a Comment