Wednesday 18 April 2012

Bruce Lee mati kerana Silat Melayu


Pada tahun 1973, Mahaguru Dato’ Meor Abdul Rahman telah keluar negara untuk melawat saudaranya yang menetap di England. Pemergian beliau ditemani oleh Dato’ Syed Ahmad Jamalullail, seorang saudaranya.


Dalam perjalanan pulang ke tanahair, pesawat yang mereka naiki telah singgah sebentar di lapangan terbang di Hong Kong. Ketika menunggu penerbangan berikutnya, beliau telah disapa oleh Bruce Lee, pakar Kung Fu dan seni bela diri Jeet Kune Do.

Bruce Lee telah mendapat tahu bahawa Mahaguru Silat Seni Gayong, Meor Abdul Rahman telah berada di Hong Kong. Setelah memperkenalkan dirinya sebagai Bruce Lee, si Raja Kung Fu, Bruce Lee telah mencabar Dato’ Meor Abdul Rahman agar bertarung dengannya.
Beliau ingin melihat sejauh mana hebatnya seni mempertahankan diri milik orang Melayu yang dinamakan silat itu. Bruce Lee dengan angkuhnya berkata jika Meor Abdul Rahman menang dalam pertarungan itu, silat Meor Abdul Rahman adalah yang terbaik, TETAPI jika Bruce Lee pula yang memenangi perlawanan itu, Seni Jeet Kune Do ciptaannya adalah yang terbaik di dunia.
                                      Dato’ Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd Hashim
Kehebatan Dato’ Meor Abdul Rahman rupa-rupanya telah sampai ke pengetahuan Bruce Lee. Sebelum daripada itu, pada tahun 1972, serombongan pakar-pakar Kung Fu Hong Kong telah datang ke Malaysia untuk mencari tokoh-tokoh seni beladiri yang dapat bertarung dengan Bruce Lee.
Rombongan pakar Kung Fu ini telah berjumpa dengan Dato’ Meor Abdul Rahman di Taiping. Dalam pertemuan tersebut, mereka telah mencabar Dato’ Meor Abdul Rahman untuk menunjukkan kebolehan beliau.
Dato’ Meor Abdul Rahman telah menangkap serta mengunci kesemua enam orang ahli-ahli Kung Fu tersebut. Kemudian, Dato’ Meor telah menyuruh ahli-ahli Kung Fu tersebut bertemu dengan murid kanannya pula iaitu Cikgu Ahmad bin Lazim.
Memandangkan Bruce Lee masih muda dan mentah, Dato’ Meor Abdul Rahman telah menasihati Bruce Lee agar melupakan sahaja niatnya hendak mencuba beliau. Namun, Bruce Lee tetap berdegil juga. Oleh kerana Bruce Lee terus mendesak, maka Dato’ Meor Abdul Rahman akhirnya menyahut juga cabaran daripada Bruce Lee tersebut.
Untuk mengelakkan keadaan daripada menjadi gempar, Bruce Lee dan Dato’ Meor Abdul Rahman dengan ditemani oleh beberapa orang menuju masuk ke dalam bilik tetamu di lapangan terbang tersebut. Sebaik sahaja melihat Dato’ Meor Abdul Rahman telah bersedia, Bruce Lee pun dengan kepantasan serangan kakinya pun mula mengasak.
Setelah beberapa serangan berjaya dielak, akhirnya Dato’ Meor Abdul Rahman tiada pilihan lain melainkan bertindak balas dengan melepaskan satu pukulan tangan(Kipas Nandung) yang tepat mengenai rusuk Bruce Lee.
Pukulan tangan Dato’ Meor Abdul Rahman yang nyata berbisa telah menyebabkan Bruce Lee jatuh tersungkur dan menggelupur kesakitan. Kerana belas kasihan ke atas Bruce Lee, Dato’ Meor Abdul Rahman pun menawarkan bisa pukulannya ke atas Bruce Lee menggunakan air yang didoakan dan disapu ke kawasan sakit tersebut.
Setelah Bruce Lee pulih daripada kesan pukulan Dato’ Meor Abdul Rahman tersebut, akhirnya Bruce Lee dengan rendah diri, mengakui kehebatan Dato’ Meor Abdul Rahman dan ilmu silat yang dimilikinya.

Tidak lama selepas peristiwa pertarungan Bruce Lee dengan Dato’ Meor Abdul Rahman ini, Bruce Lee dilaporkan telah meninggal dunia di Hong Kong akibat penyakit misteri.(Menurut Daniel Inosanto, murid kanan Bruce Lee, di hari-hari terakhir Bruce Lee sebelum beliau ditemui mati, Bruce Lee giat mengkaji tentang Seni Silat Melayu.
Kini tugas Bruce Lee disambung oleh Daniel Inosanto, sebagai satu-satunya pewaris JKD yang ditauliahkan oleh Bruce Lee. Daniel Inosanto telah memasukkan Silat sebagai sebahagian daripada mata pelajaran Jeet Kune Do nya.)
http://drupalmalaysia.org/silatmelayu/Datuk_Meor_Gayung_Malaysia
Dia bertarung dgn Dicky Zulkarnaen (pelakon Indonesia yg top sekitar awal 80-an). Dicky ni bertarung dgn Bruce Lee atas alasan sama-sama artis dalam seni bela diri.. Ketika bertarungan Bruce Lee menggunakan 100% kekuatan tendangannya kepada rusuk Dicky. Akibatnya Dicky secara tak sengaja melepaskan tenaga cakranya ke dada Bruce Lee, lalu Bruce Lee jatuh.

BEBERAPA HARI SEBELUM KEMATIAN
Sudah tentu, sekuat mana pun seseorang itu, satu hari dia pasti akan menemui ajalnya. Menurut berita – berita dan sumber di Internet, media masa dan media cetak, beliau meninggal kerana satu penyakit. Beliau pengsan ketika sedang buat ‘dubbing’ untuk filem Enter The Dragon. Kemudian, beliau dapat disembuhkan daripada penyakit tu dengan bantuan seorang doktor.
BEBERAPA JAM SEBELUM KEMATIAN
Pada 20 Julai 1973, Bruce Lee pergi ke makan malam bersama dengan George Lazenby, aktor James Bond yang popular pada masa itu.
BEBERAPA MINIT SEBELUM KEMATIAN
Kemudian, jadualnya begitu sibuk . Pada petangnya, dia merasa sakit kepala lalu menggunakan ubat analgesic (painkiller) dan equagesic (yg mengandungi aspirin dan muscle relexant ). Jadi, lebih kurang pukul 7.30 pm, dia pun berehat dan tidur. Tetapi, selepas dia tidak turun makan malam, Chow datang ke apartmentnya dan mengejutkan Lee tapi sayang, Lee tidak bangun. Seorang doktor cuba untuk menyedarkannya sebelum Lee dihantar ke Queen Elizabeth Hospital. Tetapi, Lee sudah pon meninggal sebelum sampai di hospital. Jadi, itu adalah ‘cerita rasmi’ tentang kematian Bruce Lee.




Tuesday 17 April 2012

Lihatlah kebijaksanaan seekor burung

 seekor burung makhluk ALLAH yang tiada aqal, tapi mampu juga menjaga kebersihan dan keindahan alam fana ini. MasyaAllah. ^_^ Mampukah kita menjadi seperti makhluk Allah yang sukakan keindahan ini?

Hayatilah hadis Rasulullah ini.. Janganlah kita jadi hambaNYA yang sombong di muka bumi ALLAH ini. Sesungguhnya hidup kita hanya sementara. Berbuat baiklah dimana saja anda berada. InsyaAllah.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya sifat sombong sekalipun hanya seberat debu.” Seorang sahabat bertanya: Sesungguhnya ada orang yang suka pakaian dan kasutnya cantik. Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT itu indah dan suka kepada keindahan. Sombong itu adalah menolak yang haq dan menghina orang lain.”

{Hadis riwayat Muslim}

Monday 16 April 2012

Saman tapi ambik gambar dulu....hAhAhAhA

polis poyo...

HARI IBU ADALAH "HARAM"



BEWARE!!!!
HARI IBU ADALAH "HARAM" ya Allah baru tahu...SEBARKAN..
Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan. Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut. Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja. Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia. Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia. Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei

Sunday 15 April 2012

APA HEBATNYA SOLAT DI AWAL WAKTU?



Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

WAKTU SUBUH

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

WAKTU ZOHOR

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

WAKTU ASAR

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

WAKTU MAGRIB

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

WAKTU ISYAK

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

QIAMULLAIL

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.
 

Saturday 14 April 2012

Akibat Sombong Dan Angkuh Dengan ALLAH SWT

-Orang yang membina kapal Titanic ditanya, Sejauh manakah selamatnya kapal Titanic ini? Dengan nada yang ironis, dia berkata “Tidak ada Tuhan yang boleh tenggelamkan kapal ini”
& Kita semua tahu apa yang berlaku kepada Titanic!
...
-Presiden Brazil Tancredo Neves semasa kempen pilihan raya berkata beliau mendapat 500,000 undi daripada parti itu dan berkata tidak ada Tuhan yang boleh menjauhkannya dari jawatan presiden.
Beliau mendapat undi tetapi dia jatuh sakit dan meninggal dunia sehari sebelum menjadi presiden!

-Cazuza, penyanyi Brazil & penyair, semasa persembahan beliau merokok dan menghembuskan asap rokok tersebut sambil berkata”Tuhan ini untuk anda”
Beliau meninggal dunia pada usia 32 akibat Kanser paru-paru dengan cara yang mengerikan!

Dalam surah (Al-Isra 17:37) ada menyebut:-
Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung. 

Hukum pakai cincin dan mnyimpan kuku


Hukum Pakai cincin dengan menyimpan kuku panjang....

Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je...ramai yang dah tahu dosa pahala tapi ramai juga yang belum tahu. Untuk yang belum tahu maka tulisan Tok Wan ni untuk korunk. Yang dah tahu tu...Alhamdulillah.

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!!... (oppsskhinzir lembut sikit), jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu (Islam) yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Baginda, Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari;

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari;

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jaritelunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."

Friday 13 April 2012

ANAK PADERI PELUK ISLAM


Renung renungkanlah
Assalam Mu’alaikum Wbrth!!!…Bacalah dan Renungkanlah. …
Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam)
Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian
ialah Johanis. Saya dilahirkan di bumi Sabah dalam keluarga
Kristian. Bapa saya seorang KETUA PADERI yang menjaga 15 buah gereja di
satu kawasan di Sabah .
Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS
bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan
penuh negeri! Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program.
Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan
wang tunai sekitar RM50,000!!!
Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah
ke rumah. Tanya masalah mereka dan bantu mereka. Berbagai
masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami
hantar keperluan harian, pakaian dan buku sekolah dan sebagainya.
Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali
kunjungan susulan, kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi
kami mengkristian remaja Islam, tambah berbaloi dari kalangan intelek.
Hasilnya kami dapat RM3,000 setiap seorang Islam yang dimurtadkan!
Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam Persekolahan. Sewaktu
Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang
boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding
dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di
sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.
Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan
agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu
dihuraikan oleh orang Islam.
Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz
yang mengajar saya(saya panggil cikgu). “cikgu saya ada beberapa soalan,
tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya ke rumah cikgu…”
Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan ke rumah ustaz itu.
Saya katakan “cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama
Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya”. saya
kemukakan beberapa persoalan, antaranya;-
– Mengapa orang Islam sembah Kaabah
-Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan
Islam adalah agama langit.
-Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi
membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.
-Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang
asalnya.
Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan
kawan- kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan -kawan mati akal.
Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya
menjawab secara tepat.
– Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain. -
Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 – konsep ketuhanan
Jesus.
Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi,
kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz
itu
ke rumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata
bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz
itu.
Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa ‘orang
malaya’ datang ke rumah.
Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping
mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya
memerhatikan kehidupan ustaz tu, saya mengagumi cara hidupnya.
Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang
berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera
bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya
membuat pilihan.
Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti
mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah
hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi.
Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga.
Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan
berkata, “mengapa Johanis….awak mengigau…. “
Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,”Cikgu Islamkan
saya…….. .”.Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan
dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan
oleh Ustaz itu.
Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah,
saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya
telah tahu!
Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan
mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru
senapang meletup keatas.
Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan
keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah
ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik
habis kontrak mengajar di Sabah .
Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur . Secara kebetulan
rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi
mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan
Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja
sewaktu di Sabah dulu..
6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz.
Alhamdulillah! Saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian
saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan
di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang.
Tak sampai setahun saya letak jawatan. Saya sedih kerana ramai
pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa
tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas.
Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan
orang…kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin
dengan Kualiti bukan Kuantiti saja!
Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar
di PERKIM saya selalu telefon ayah, emak dan adik beradik saya. Saya
katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah. saya sayang emak.
saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak saya
dunia dan akhirat.
Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku
yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun
saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,
emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz,
bagaikan halilintar saya mendapat berita…… .. Ayah saya menganut
Agama Islam!
Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan
menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi
terlalu murah….saya terus menangis…saya pejamkan mata…saya
bayangkan ayah dihadapan… saya peluk erat tubuh ayah dan kami
menangis bersama….. …Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu… …
Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh
ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.
Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini
berpecah. Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan Sunnah
Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.
Kita ambil contoh pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita
cari jalan nak menentang pelaksanaanya? Sepatutnya kita cari jalan
supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam.
Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti
tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya, “You apa tahu…
Islampun baru setahun jagung…..”
Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap
pendakwah…. ….Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam
kerana saya tahu Apa itu Islam!!! Kerana itu saya ajak menghayati
Islam.
Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog
tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini, untuk
bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga
diancam oleh umat Islam!!!
Apa tauliah awak , mana kebenaran Jabatan Agama, mana permit polis,
sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan
puak Kristian, kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat
Islam sendiri menyulitkan saya.
Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara
ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah, pura-pura
belajar Islam….jatuh cinta…lalu dimurtadkan. ..purapura
….dimurtadkan.
Saya sudah pergi banyak IPT… Saya paling bimbang di Universiti
Putra Malaysia (UPM) !!! Itulah satu-satunya Universiti yang ada
gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang
Islam!!!
Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum ‘Holly Water’.
Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi
termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. KALAU
TERMINUM, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin
1x, 3 Qul 1x, dan Selawat. Ambil sebahagian buat minum dan
sebahagian buat mandi.
InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insya Allah!! !
TOLONG FORWARDKAN!! !
Demi islam…Demi agama yang tercinta…insyaAllah…

Thursday 12 April 2012

"MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W"



1. Barli - Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma - Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin - Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur - Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.

5. Madu - Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera,
menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminum waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) - Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karakter dan wajahnya.

7. Susu - Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan - Baik untuk mata, perancang keluarga.


9. Minyak Zaitun - Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima - Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka - Nabi selalu minum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)

12. Air - Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. mudah mendapat sakit hati.                                                                                                    



Tuesday 10 April 2012

Garis masa perjalanan hidup Nabi Muhammad S.A.W



sangat laju masa bergerak

Tips murah rezeki



OK, apa pasal kita nak kena ada tips murah rezeki ni? Boleh caya ke semua tips-tips ni?. Well, ada banyak sebab sebenarnya, mungkin antaranya adalah seperti berikut?
  1. Kita nak pastikan usaha kita akan dapat hasilnya
  2. Kita nak usaha kita dapat berkat dan dirahmati
  3. Kita nak usaha dan kerja kita lebih berkualiti
  4. Kita dah penat mencuba, tapi masih belum berjaya
  5. Kita takut gagal
Biar apa pun sebabnya, yang penting, kita nak tahu dan amalkan tips-tips murah rezeki agar kita lebih fokus dan yakin dengan setiap usaha yang akan kita rancang dan jalankan. Betul tak? hehehe..
OK, tips pertama – Bangun pagi, dan jangan tidur selepas subuh. Mengikut kajian sains, udara waktu pagi mengandungi paling banyak oksigen. Sebab tu bila kita sedut, udaranya segar dan best. Baik untuk otak dan badan kita. Katanya, kadar oksigen dalam udara waktu pagi yang tinggi tu, bila disedut akan membantu badan kita menyahtoksid (detoksid) kandungan racun dalam badan. Wow, ini tips yang bagus dan mudah. Bangun pagi-pagi, sedut udara pagi sambil tunggu solat subuh, atau selepas solat subuh sambil buat senaman ringan. Menarik dan mudah bukan.
Lepas tu, kalau boleh, sebelum zohor atau dalam pukul 12 tengahari gitu, tidur la sekejap (nap) untuk dapatkan semula kesegaran. Ustaz Dr. Zahazan kata – Sabda Rasulullah SAW; “Lakukanlah qailulah (tidur sebentar di siang hari), kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani qailulah.” (Riwayat al-Tabrani)”.
Tips kedua – tunaikan solat sunat Dhuha 2 rakaat setiap pagi (dalam pukul 8 pagi ke atas dan sebelum pukul 11.30 pagi dah boleh buat). Ini tips sempoi dan mudah. Ada hadis dari Bukhari dan Muslim berbunyi “Kekasihku Rasulullah s.a.w berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya iaitu: supaya aku tidak tidur (malam) selepas menunaikan solat sunat witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakat solat sunat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari pada tiap-tiap bulan”.
Solat Dhuha ni macam ganti kepada tanggungjawab kita bersedekah pada sendi-sendi dan anggota badan kita setiap hari. Sudah tentu bila kita banyak bersedekah, banyak juga ganjaran pahala dan murah rezeki yang insyaAllah akan kita dapat. Kalau yang bekerja tu, maybe dah masuk pejabat, waktu rehat pukul 10 pagi tu, boleh ke surau sekejap untuk tunaikan solat sunat dhuha. Puasa sunat pulak, boleh pilih mana-mana hari dalam sebulan. Nak mudah puasa je hari Isnin dan Khamis, ataupun puasa setiap hari khamis, dah dapat 4 kali sebulan. Sunat witir pulak, sebelum tidur ataupun bila dah terjaga waktu malam, tunaikan 1 rakaat, 3 rakaat atau seterusnya dalam gandaan ganjil, ikut mana yang termampu. Dah complete wasiat Nabi s.a.w untuk kita sama-sama amalkan.
Tips terakhir untuk kali ni – Buat baik kepada kedua ibu-bapa (bagi yang masih hidup) atau pun anak-anak yatim. Sesungguhnya, terlalu besar ganjaran dan pahala bila kita dapat membahagiakan hati kedua-dua ibu-bapa kita dan anak-anak yatim. Caranya macam-macam, ada tu tak perlukan wang ringgit atau modal yang banyak pun. Cukup sekadar kita telefon setiap pagi atau bila ada masa terluang, untuk bertanya khabar berita tentang kesihatan mereka, berceloteh dan apa-apa saja yang boleh buat mereka happy. InsyaAllah, bila kita mintak mereka doakan kerja kita agar dapat kejayaan dan berkat, doa tu makbul. Mungkin juga kejayaan yang kita kecapi selama ni pun berkat doa ibu ayah kita pada Allah.