Thursday 7 June 2012

7 Langkah Mengatasi Kerasukan

1) Jika anda terasa sakit badan, sakit kepala, mual dan hendak muntah ketika mendengar cd ruqyah tersebut; jangan bimbang! Teruskan mendengar dan mendengar! Sila rehatkan diri dan terus berwuduk. Sekiranya telah berwuduk; perbaharui wuduk anda dengan segera. Teruskan mendengar sehingga sakit2 tersebut kembali reda..

2) Sekiranya rasa hendak pitam, khayal, mabuk dan pengsan, maka dianjurkan supaya anda berbaring secara melunjurkan kaki dan cuba untuk berehat serta tidur, namun teruskan memasang cd.

3) Sekiranya anda berasa hendak marah, mengamuk, histeria dan bersilat sebagai contoh, maka hendaklah anda berwuduk terlebih dahulu dan berwuduk serta solat hajat dua rakaat supaya Allah Taala menghilangkan gangguan tersebut... Setelah reda, teruskan mendengar cd tersebut!

4) Sekiranya pesakit kerasukan secara tiba2, ahli keluarga yang berhampiran hendaklah mengambil inisiatif melaungkan azan di telinga pesakit sekuat mungkin sambil mengarahkan gangguan tersebut keluar dari tubuh badan. Panggillah nama pesakit perlahan-lahan untuk menyedarkan pesakit kembali.

5) Sebagai tambahan, ahli keluarga pesakit hendaklah menepuk2 belakang pesakit iaitu antara dua tulang belikat (kipas) dan sekitar tulang belikatnya secara sederhana kuat berkali2 sambil membaca ayatul kursiy.

6) Sarankan pesakit supaya mengambil wuduk atau mandi bagi 'menyejukkan' gangguan tersebut buat sementara waktu. Rehat dan apabila sudah bersedia kembali, dengar semula cd terbabit.

7) Sekiranya kerasukan demi kerasukan berlaku sehingga tempoh beberapa hari sebaik sahaja mendengar cd tersebut... adalah dinasihatkan agar pesakit terus dibawa berjumpa perawat pusat rawatan Islam yang muktabar bagi mendapat rawatan yang lebih (proper) sepatutnya...

No comments:

Post a Comment